Ahad, 18 September 2011

Pengenalan


 Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

        Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang ke Blog Pemulihan Khas Harmoni kepada semua pengunjung. Di sini saya ingin menyatakan objektif dan matlamat blog ini dihasilkan.

Objektif   :  Menyiapkan tugasan kursus Teknologi Maklumat untuk Sekolah Rendah
                   (KRT3031).

Matlamat :   Menghasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang
                      sesuai digunapakai oleh semua murid sekolah rendah
                      terutama sekali yang terlibat dengan Prasekolah, Program Linus,
                      Program Pemulihan Khas dan PROTIM.

        Dalam Blog Pemulihan Khas Harmoni ini saya telah membahagikan kepada 3 bahagian iaitu laman utama, pengajaran dan pembelajaran, dan aktiviti pengukuhan. Bahagian laman utama  berfungsi sebagai pengenalan kepada blog. Seterusnya bahagian kedua iaitu pengajaran dan pembelajaran pula mengandungi satu set lengkap langkah pembelajaran. Manakala bahagian ketiga iaitu aktiviti pengukuhan merupakan beberapa set latihan yang dicadangkan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

        Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah UPSI terutama sekali En. Md. Zahar bin Othman, rakan-rakan dan keluarga saya kerana telah banyak memberi bimbingan dan sokongan sehingga saya dapat menghasilkan Blog Pemulihan Khas Harmoni ini. Ini merpakan pengalaman manis pertama saya membina blog dan saya amat menghargainya.

Sekian, terima kasih.